Pages

Majlis Watikah Pelantikan Pengawas 2019
It uses a light version of jQuery mobile, navigate the slides by swiping with your fingers
1,2,3 smile......
Tahniah Team Bola Tampar Wanita sk bukit Losong
Sekilas Mesyuarat PIBG 2019

Wednesday, 23 January 2019

LOGO SEKOLAH



Reka bentuk ini adalah berasaskan sebuah perahu yang sedang belayar dan merempuh arus. Ia membawa pengertian bahawa seseorang itu perlu berkorban untuk menimba ilmu seperti suatu pelayaran untuk menuju ke suatu destinasi.

Buku dan pena:
Bermaksud sekolah amat menitikberatkan ilmu akademik
Empat jalur helaian buku   :     
Bermaksud SYARIFAT, TAQIRAT, HAKIKAT dan  MA’RIFAT (menuju kepada zat Allah). Pengajaran dan pembelajaran yang berlandaskan hukum Allah.
Roda bergigi   :     
Bermaksud sekolah amat menekankan aspek teknologi seiring dengan perkembangan pendidikan alaf baru yang memberi tumpuan
kepada teknologi Maklumat.
Slogan             :              
Semua warga sekolah – staf akademik dan staf sokongan bersama-sama berusaha memainkan peranan untuk mencapai kejayaan di dalam kurikulum dan kokurikulum di sekolah.

Tuesday, 22 January 2019

Hubungi Kami


Hubungi Kami :



SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT LOSONG
JALAN LOSONG FERRY 21000 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU DARUL IMAN.

TELEFON : 09-6223944
FAKS :  09-6230592


EMEL : tba3094@gmail.com 
               TBA3094@moe.edu.my





<div class="map-responsive">
https://goo.gl/maps/ZXxreCqSTM12

</div>

SEJARAH SK BUKIT LOSONG





Sekolah Kebangsaan Bukit Losong adalah sebuah sekolah baru yang di dirikan

pada tahun 1997 bagi menampung pertambahan murid di dua buah sekolah

berhampiran iaitu Sekolah Kebangsaan Losong dan Sekolah Kebangsaan Seri

Nilam.

Sekolah ini di bina di satu kawasan sawah padi dengan keluasan 9 ekar di

Kampung Losong Atap Zin, Kuala Terengganu.

Pada awal penubuhannya, sekolah ini beroperasi dengan menumpang

bangunan di Sekolah Kebangsaan Seri Nilam iaitu 3 km jaraknya dari sekolah

sekarang selama 6 bulan mulai 16 haribulan Jun 1997 dengan keramaian murid

seramai 200 orang dan guru seramai 15 orang.

Sekolah ini mula beroperasi sepenuhnya pada 4 haribulan Januari 1998.  Jumlah

kelas yang diluluskan beroperasi ialah 10 buah kelas iaitu dari Tahun 1 hingga

Tahun 5 sahaja.